RINGKASAN PERIHAL SYARIKAT

Kami Berpengalaman Luas

Mutiara Jingga Marketing (MJM) Sdn Bhd ialah sebuah kilang makanan dan kosmetik, berstatus GMP Kosmetik dan Persijilan MESTI yang sangat berpengalaman dalam mengeluarkan formula untuk makanan dan kosmetik berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

 

GMP membawa maksud "Good Manufacturing Process" dimana kilang kami adalah kilang yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

GMP adalah amalan yang perlu dipatuhi garis panduan yang disyorkan oleh agensi-agensi yang mengawal dan memberi lesen membuat produk kosmetik , penjagaan kulit, kebersihan diri , makanan dan minuman serta produk kesihatan.

 

Garis panduan ini adalah bagi memastikan produk keluaran mereka berkualiti tinggi dari batch ke batch untuk tujuan penggunaannya. Peraturan yang mengawal setiap industri mungkin berbeza walaubagaimanapun tujuan GMP sentiasa memastikan produk selamat digunakan oleh pengguna terakhir.

 

Selain itu, GMP bertujuan produk bebas daripada kerosakan , pencemaran berlaku dan memastikan kakitangan kilang membuat produk secara konsisten.

OEM pula adalah bermaksud “ Original Equipment Manufacturer”. Kilang oem adalah merupakan suatu produk yang dihasilkan oleh sebuah kilang yang kemudiannya di beli, diolah / diubah dan dijual kembali kepada perusahaan yang enggunakan nama/jenama mereka sendiri.

Kilang MJM mempunyai keupayaan untuk membuat sampel untuk produk. Pasukan R & D (Penyelidikan & Pembangunan) kilang dan pasukan reka bentuk yang berpengalaman,

  • Memberi penerangan mengenai kelebihan produk dan berbincang mengenai bahan-bahan yang sesuai digunakan.

  • Menyediakan sampel kepada pelanggan dengan formulasi baru atau ubahsuai mengikut kehendak pelanggan/pengasas.

  • Memproses produk dari bahan mentah hingga siap termasuk pembungkusan.

  • Membantu pelanggan/pengasas sehingga mendapat kelulusan NOT/MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Mutiara Jingga Marketing (MJM) Sdn Bhd memulakan operasi sebagai pengilangan makanan dan kosmetik bermula pada tahun 2016 dan kini beroperasi di Bukit Minyak, Pulau Pinang.

Sehingga ke hari ini, Mutiara Jingga Marketing (MJM) Sdn Bhd telah menghasilkan lebih 1000 formulasi makanan dan kosmetik yang telah di luluskan oleh KKM.

Pemilik Mutiara Jingga Marketing (MJM) Sdn Bhd ialah pasangan keluarga melayu muslim warganegara Malaysia

logo.png